Oh! Artis

Pelakon Wanita Terkenal Dalam Siasatan Bank Negara, Disyaki Terlibat Jenayah Cuci Duit Haram

Published on

Gara-gara menunjukkan kekayaan di media sosial, seorang pelakon wanita telah menarik perhatian pihak Bank Negara.

Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan mendapati hasil kekayaan pelakon wanita itu disyaki datang dari aktiviti cuci duit haram.

Setakat ini identiti pelakon itu tidak didedahkan tetapi berdasarkan laporan Utusan, pelakon muda itu sering dipuji dengan sifatnya yang mesra, menjadi duta jenama besar dan aktif dalam berlakon ketika ini.

Bagaimanapun, pihak Bank Negara berpendapat bayaran untuk lakonan beliau tidaklah setinggi mana jika nak dibandingkan dengan gaya hidup mewahnya.

Disebabkan kehidupan mewah itu, Bank Negara kini menyiasatnya di bawah Jenayah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Kredit: Utusan Malaysia

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version