Connect with us

Oh! Media

Pelakon Terkenal Indonesia Tertangkap Guna Wang Palsu

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Pelakon Terkenal Indonesia Tertangkap Guna Wang Palsu

Nama pelakon Indonesia, Sekar Arum Widara kembali menjadi tumpuan, namun kali ini bukan kerana lakonan tetapi dakwaan serius yang menggemparkan industri hiburan seberang.

Sekar, 41, dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa selepas didakwa menggunakan wang palsu di sebuah pusat beli-belah terkenal di Kemang, Jakarta Selatan.

Menurut kenyataan rasmi daripada Balai Polis Jakarta Selatan, kejadian berlaku pada 2 April lalu ketika Sekar sedang melakukan transaksi pembelian seperti biasa.

IKLAN
Img 4447

Namun, situasi bertukar cemas apabila juruwang yang memeriksa wang yang diberikan mendapati ia palsu selepas diimbas menggunakan sinar UV.

Transaksi pembelian dibatalkan sebelum pengawal keselamatan membuat laporan polis.- Ujar jurucakap polis.

Apa yang mengejutkan, ketika ditahan, pihak berkuasa menemui wang palsu berjumlah lebih RM59,000 di dalam beg milik Sekar.

Pelakon yang pernah popular kerana kecantikan wajahnya sewaktu muda itu dipercayai sempat melakukan pembelian di sebuah premis lain sebelum kembali ke lokasi asal beberapa jam kemudian.

Img 4449

Percubaan ketiganya untuk membuat bayaran menggunakan 11 keping wang kertas Rp100,000 akhirnya membawa kepada penahanannya.

Kini, Sekar berdepan risiko berat apabila berkemungkinan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pssttt! Jangan sesekali memandang ringan isu penggunaan wang palsu. Ia bukan sekadar kesalahan undang-undang, tetapi memberi kesan buruk kepada ekonomi dan kepercayaan masyarakat.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas