Oh! Artis

PDRM Minta Bantuan INTERPOL Untuk Kesan Lokasi Pelawak Singapura, Jocelyn Chia

Published on

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) nampaknya mula bertindak selepas dilaporkan meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan lokasi pelawak kelahiran SIngapura, Jocelyn Chia.

BACA: Jocelyn Chia Kembali Aktif Di Media Sosial Tapi Masih Belum Mohon Maaf Seperti Tiada Apa Berlaku

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah di mana permohonan itu akan dihantar kepada INTERPOL esok.

Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam klip video berkenaan.

Pada 7 Jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version