
Oh! Artis
“Isteri Saya Masih Muda Lagi” – Pakai Tudung Nampak Rambut, Asyraf Khalid Mengaku Silap Isteri
Asyraf Khalid akui kesilapan Tya Arifin dedah rambut secara tak sengaja.
Isteri kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin, menjadi perhatian ramai selepas tular gambarnya bertudung namun masih menampakkan sedikit rambut.
Situasi ini sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menegur penampilannya.
BACA: “Nampak Rambut Tu…” – Penampilan Tya Ariffin Ditegur Netizen
Asyraf bagaimanapun tampil mempertahankan isterinya sambil mengakui kesilapan itu berlaku tanpa disengajakan.
Tya Arifin berjanji akan lebih hati-hati

Katanya, Tya sudah pun mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam menjaga aurat selepas ini.
Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini.
Menurut Asyraf, isterinya masih muda dan masih dalam proses belajar untuk istiqamah berhijab dengan sempurna.
Tya masih belajar, mohon netizen beri ruang dan doa

Beliau berharap masyarakat dapat melihat sisi positif dan terus mendoakan agar Tya menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya.
Pasangan ini juga tidak menolak atau marah terhadap kritikan yang diterima. Malah, mereka terbuka menerima segala teguran demi memperbaiki diri.
