Di ruangan kapsyen, pelakon ini meninggalkan ucapan hari jadi penuh bermakna berharap hubungan akrab mereka kekal sampai bila-bila.
Kata Norman, dia tak sangka boleh menjadi rakan karib kepada anak sendiri di mana mereka boleh berkongsi segala rahsia dan perihal hidup.
Norman meminta maaf jika selama 21 tahun membesarkan Danish Hakim, dia ada melakukan kekhilafan. Dia juga berharap anak sulungnya itu dapat membawa mereka sekeluarga iaitu mama, mummy, abah dan adik-adik ke syurga.
Fuh, memang sedih betul lah ucapan itu kan? Netizen turut mendoakan yang terbaik berharap keluarga ini bahagia selalu.
Sementara itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa sedih apabila ibu kandung Danish iaitu Abby Abadi tidak kelihatan di majlis itu. Difahamkan, Abby yang kini giat berniaga berada di Admiralty Bazaar, Singapura.