Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan aktiviti makan di kedai atau dine-in di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 20 Ogos 2021.
BACA: Bangga Masuk Kedai Siap ‘Dine In’ Walau Tak Suntik, Individu Ini Undang Kecaman
Namun, individu yang ingin melakukan perkara itu perlulah melengkap jumlah dos suntikan serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Masyarakat dilihat mula menggunakan kelonggaran yang dibenarkan itu selepas sekian lama tidak menjamu selera di kedai makan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.
Tidak terlepas juga para selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera bersama keluarga tersayang.
Netizen pertikai Nora Danish dine-in bersama anak
Baru-baru ini, pelakon tanah air, Nora Danish telah memuat naik gambar pada laman Instagram miliknya memaparkan dia bersama keluarganya sedang berada di sebuah restoran.
Dinner out with the boys before school starts
Namun hantaran itu menjadi perhatian netizen selepas ada daripada mereka mempertikai pasangan itu membawa anak kecil ke kedai makan.
Rata-rata komen mempersoalkan tindakan Nora yang membawa ramai anak keluar untuk dine-in disebabkan kawasannya merupakan salah satu tempat jangkitan tertinggi.
Nedim sekolahkan netizen
Walaubagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian suaminya, Nedim Sujak atau dikenali sebagai bos Ned yang kembali menempelak komen netizen berkenaan.
Menerusi ruangan komen, terdapat seorang individu yang bertanyakan tentang kebenaran membawa anak kecil untuk makan di luar.
Budak-budak dah boleh bawa keluar ke..
Enggan berdiam diri, Nedim dengan lantang memberikan penjelasan bahawa tindakan yang dilakukan itu adalah tidak salah berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Allah bagi otak untuk fikir dan bila KKM dan MKN bagi announcement rajin lah membaca. Kalau malas baca jadi bodoh, Jangan komen.
Masuk ke website MKN dan sila baca. Kanak-kanak di bawah 17 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa. Sekian..
Komen balas yang dibuatnya itu bagaimanapun mendapat sokongan daripada netizen apabila penjelasan itu adalah benar selain ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak.
Kredit: Instagram Nora Danish I Kosmo! I Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media