Oh! Artis
“Nak Apa Sebenarnya” – Gigih Buat Fake Account Nak Mengata, Nora Ariffin ‘Sekolahkan’ Netizen
Kadang-kadang netizen ni memang pelik. Tak suka, tak minat, tapi tetap juga follow dan stalk 24 jam!
Itulah luahan jujur penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin yang tampil menegur segelintir individu yang sanggup cipta akaun palsu semata-mata untuk ‘menyibuk’ hal rumah tangganya.
Setiap hantaran Nora Ariffin salah di mata netizen?
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Nora meluahkan rasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak habis-habis mencari kesalahan dirinya.

Kata Nora, setiap hantaran yang dibuatnya di media sosial pasti akan menjadi bahan kritikan segelintir netizen.
Fokus pada rumah tangga sendiri
Tak mahu melayan lebih panjang, Nora berpesan supaya mereka yang suka ‘menjaga’ rumah tangganya itu lebih baik fokus pada rumah tangga sendiri.
Lebih baik layan, pi jaga suami dan anak-anak baik-baik. Itu lebih dapat pahala daripada dok jaga rumah tangga saya.
Terdahulu, rumah tangga penyanyi ini kecoh apabila Nora dikatakan mempunyai konflik dengan madunya.
Isteri yang merupakan isteri kedua dikatakan tidak diterima dalam kehidupan berpoligami menyebabkan Nora menfailkan cerai.
Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup ni, kita perlu tahu batas. Tak semua benda kita layak komen, apatah lagi soal rumah tangga orang. Doakan je yang terbaik buat Nora dan keluarganya.
Kredit: Instagram Nora Ariffin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM