Baru-baru ini tular di TikTok satu video memaparkan top 7 bayaran mengacara yang diterima selebriti.
Dalam senarai itu, pelawak terkenal Nabil di tempat pertama dengan bayaran sehingga RM40,000. Pelawak dari Terengganu, Zizan pula di tempat kedua dengan bayaran RM30,000. Betul ke dakwaan tu?
Katanya lagi, jika dikira mengikut kerja berepisod, bayaran memanglah banyak tetapi untuk dapat satu harga seperti yang didakwa, dia sendiri tidak berani meletakkan sebarang amaun.
Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri.
Pengacara Gegar Vaganza musim 9 ini juga lebih mementingkan hubungan jangka panjang dengan kliennya. Dia lebih selesa bersederhana je sebab sedar tidak mampu memuaskan hati semua orang.
Sepanjang 14 tahun dalam bidang ini, Nabil mengaku dia banyak belajar dan mahu klien puas hati dengan caranya mengacara dan harga yang dibayar.
Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara ‘PR’, maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh.
Jika harga yang tinggi diletakkan, jangkaan orang juga akan tinggi. Jadi bagi Nabil, ianya adalah lebih bernilai jika dia meletakkan harga ‘okay’ dan klien beri respon ‘bagus’.