Pelakon Fasha Sandha dikecam netizen gara-gara mengamuk terhadap seorang netizen di Instagram. Difahamkan, insiden itu tercetus selepas seorang netizen memerli Fasha Sandha yang dijangkiti virus Covid19.
Dakwa individu tersebut, Fasha langsung tidak menjaga hati keluarga mentua apabila menuduh jangkitan berlaku ketika beraya di Rembau, Negeri Sembilan.
Tidak berdiam diri, pelakon ini dilihat menyelar individu tersebut dan menggelarnya ‘bodoh’ berkali-kali. Katanya, sebagai seorang ibu individu tersebut patut faham apa yang dirasainya bukannya mengecam.
Masa mata dia terhantuk tepi bucu katil sampai lebam tu pon tak nangis meracau mcm ni. Tibah yg ni berulang kali sebut dpt covid kat Rembau.Ckp je taknak beraya kat kampung kan senang. Jgn la nangis.Bincang laaaaaa.Tak pasal org lain viral 😆 pic.twitter.com/Va2XzKzYSW
Pelakon ini bertindak memuat naik foto keluarga individu tersebut dan meninggalkan pesanan supaya diam-diam pergi beraya.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terkejut melihat reaksi pelakon terbabit. Mereka tidak menyangka Fasha mengeluarkan kata-kata kasar kerana dia dilihat lemah lembut sebelum ini.
Berikutan itu, ada yang menuduh Fasha sebagai pelakon yang berperangai rempit.