Connect with us

Oh! Media

Netizen Serang Insta PU Abu Ungkit Kisah Lama, Gara-Gara Isu Curang Shuk

Oh! Artis

Netizen Serang Insta PU Abu Ungkit Kisah Lama, Gara-Gara Isu Curang Shuk

Kisah curang Shuk Sahar kini masih lagi hangat dibualkan oleh netizen di laman sosial. Jadi, tak hairanlah kalau ada di antara netizen yang cuba untuk membanding-bandingkan rumah tangga artis lain dengan kisah curang Shuk.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Terima Kasih Tinggal Aku & Anak-Anak’, – Isteri Dedah Shuk Sahar Kantoi Curang Lagi?

Semalam di laman Instagram, PU Abu (@_sufyanmokhtar) telah meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir netizen. Gara-gara kes curang yang dilanda Shuk Sahar, tiba-tiba sahaja namanya turut terkena tempias.

Netizen turut meninggalkan komen negatif di laman Instagramnya dengan mengungkit dan mengaitkan semula kisah rumah tangganya yang sebelum ini pernah menceraikan isterinya, Ain ‘Afini ketika sedang sarat mengandung pada April 2019 untuk mengahwini seorang janda anak satu.

Ada juga manusia yang masih belum move on daripada isu saya yang dah dua tahun berlalu.

Berhentilah menjadi netizen yang tidak baik. Sedarkah anda tindakan meninggalkan komen seperti ini tidak memberikan kebaikan sedikit pun pada saya, pada awak dan pada yang lain.

Lebih mengecewakan ada yang DM (Direct Message) hanya sekadar nak throwback benda yang hampir dua tahun berlalu dan mengaitkan dengan isu yang sedang berlaku. – Tulis PU Abu di Insta.

PU Abu atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, 27, juga berpesan kepada netizen untuk sentiasa bersangka baik dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada diri mereka sendiri.

Macam inilah kalau dengar kisah orang, tutup telinga, kunci mulut dan hati, doa dan sangka yang baik-baik buat orang yang sedang diuji.

Hari ini orang lain, esok lusa kita… Fuh, buih dah mulut sebut benda ini,” katanya.

Kisah yang dah berpuluh tahun dulu pun boleh diungkit balik, inikan pula kisah yang baru berlaku 2 tahun lepas.

Kredit: PU Abu

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas