Connect with us

Oh! Media

Netizen Saran Anti-Vaksin Lepak Rumah Rita Rudaini Atau Zul Yahya Di Saat Ramai Rentas Balik Kampung

anti vaksin

Oh! Artis

Netizen Saran Anti-Vaksin Lepak Rumah Rita Rudaini Atau Zul Yahya Di Saat Ramai Rentas Balik Kampung

Susulan daripada berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengenai kebenaran rentas negeri kepada rakyat Malaysia khas buat mereka yang telah lengkap dua dos vaksin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cucuk Dada Boleh Pulak” – Dato’ Hattan Bingung Dengan Artis Anti-Vaksin

Maklum Ismail, kelonggaran tersebut telah dipersetujui kerajaan memandangkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.

Sehubungan itu, ramai rakyat bahkan golongan selebriti meluahkan rasa keterujaan setelah hampir 2 tahun tidak dibenarkan merentas negeri berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun begitu, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ netizen terutamanya di laman media sosial Twitter.

Ada yang berseloroh meminta golongan anti-vaksin yang dilarang merentas negeri untuk melepak di rumah Rita Rudaini tidak pun Zul Yahya memandangkan mereka berdua enggan menerima vaksin.

Twitter

Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan agar laporan polis dibuat jika ada yang melihat Rita atau Suhaimi Saad merentas negeri.

Twitter

Terdahulu, antara nama artis yang disebut-sebut netizen gara-gara tidak mahu menerima vaksin adalah seperti Rita Rudaini, Suhaimi Saad, Zul Yahya dan juga Ellie Suriati.

Mereka juga sering menulis mengenai kelantangan mereka untuk tidak menerima vaksin di media sosial sebelum ini.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas