Oh! Artis
Netizen Risau Marissa Dania ‘U-Turn” Selepas Padam Hantaran Mengenai Berpisah, Ini Respon Tuan Badan
Netizen risau Marissa Dania u-turn selepas padam hantaran berpisah dengan Aslam.
Isu rumah tangga melibatkan pempengaruh Marissa Dania nampaknya masih belum reda apabila netizen mula mempersoalkan tindakan terbarunya di media sosial.
BACA: “Kami Dalam Proses Berpisah” – Marissa Dania Sahkan Akan Bercerai Dengan Aslam
Terbaru, timbul kebimbangan dalam kalangan netizen selepas mendakwa Marissa telah memadam hantaran berkaitan kenyataan berpisah sehingga mencetuskan spekulasi kemungkinan berlaku ‘u-turn’.
Netizen mula persoal, takut Marissa berubah fikiran
Segalanya bermula apabila seorang netizen meluahkan rasa risau selepas mendapati hantaran berkaitan perpisahan itu sudah tidak kelihatan lagi.

Tidak lama selepas itu, Marissa sendiri tampil memberikan respon bagi menjelaskan situasi sebenar. Marissa meminta netizen tidak risau kerana hantaran di Instagram Story masih ada.
Kakak Umisya minta keluarga beri sokongan kepada Marissa
Dalam masa sama, beberapa perkongsian lain turut tular termasuk luahan individu dipercayai kakak Umisya yang meminta pihak tertentu untuk lebih bertanggungjawab dan memberi sokongan kepada Marissa.


Netizen menyokong tindakan kakak Umisya yang mengambil berat kerana rumahtangga bukan perkara kecil dan tidak wajar dipandang ringan.

Terdahulu, Marissa yang merupakan isteri kedua Aslam memaklumkan kini dalam proses berpisah dengan suaminya.
Berita itu membuatkan ibunya Abby Abadi gembira kerana Marissa layak mendapat kebahagiaan yang sebenar.
Pssttt! Sebaiknya kita tunggu penjelasan rasmi daripada pihak terlibat dan tidak membuat andaian sendiri. Apa pun, semoga semua pihak diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini dengan tenang.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM