Connect with us

Oh! Media

Netizen Persoal Vie Shantie Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri

Oh! Artis

Netizen Persoal Vie Shantie Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri

Selebriti media sosial, Vie Shantie Khan mengundang persoalan orang ramai apabila memuat naik beberapa keping foto sedang beriadah di Janda Baik bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Gadis Eizlan Yusof Tarik Perhatian, Dipuji Cantik Macam Orang Turki

Orang ramai mempertikaikan bagaimana selebriti media sosial ini merentas negeri untuk tujuan bercuti sedangkan perkara sedemikian belum lagi dibenarkan.

Vie Shanti walau bagaimanapun menjawab Plaza Tol Gombak adalah sempadan negeri Selangor jadi surat kebenaran merentas negeri tidak diperlukan.

Vie Shantie

Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya.

Dalam hantaran itu, Vie Shantie turut meluahkan rasa syukur sebaik kerajaan mengisytiharkan kebenaran untuk semua aktiviti riadah. Katanya lagi, perjalanan ke lokasi riadah di Janda Baik itu hanya mengambil masa 30 minit dari rumahnya.

Dia sangat teruja kerana dapat melepaskan beban rindu untuk meluangkan masa bersama ahli anggota keluarga.

Berasa pelik dengan penjelasan yang dibuat, netizen mempersoalkan kedudukan Janda Baik sama ada berada di negeri Pahang atau Selangor. Ramai juga yang keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti riadah di Selangor.

Kredit: Utusan Malaysia | Twitter xxxbyefelicia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas