Sebelum ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh penyanyi, Elyana yang memaparkan dirinya sakan berjoget bersama rakan-rakan sambil mempromosikan produk jualan mereka.
Bagaimanapun, hantaran video berkenaan telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mendakwa penyanyi itu seakan ‘lupa diri’ selepas sembuh dari penyakit kanser limfoma yang dihadapinya.
Tampil menjawab komen, Elyana memaklumkan bahawa dia sememangnya mempunyai perangai ‘gila-gila’ dan itu merupakan dirinya yang sebenar walaupun sebelum ditimpa penyakit.
Memang saya dari dulu macam ni… tu yang pelik diorang tiba-tiba nak suruh saya jadi ustazah pulak.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang terkejut melihat cara Elyana membalas komen yang hanya bertujuan untuk memberi nasihat kepadanya agar lebih berpada-pada dalam bergembira.
“Terkejut tengok dia balas chat orang, betul ke dia ni, macam tak percaya pulak, saya peminat tetap hmmmm,” tulis seorang pengguna TikTok.