Connect with us

Oh! Media

“Nanti Kami Periksa”- Akaun TikTok Dengan Nama LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk

aisar khaled

Oh! Artis

“Nanti Kami Periksa”- Akaun TikTok Dengan Nama LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk

Ada sahaja benda yang tidak kena dengan setiap video yang dikongsikan seorang influencer, Aisar Khaled ni. Kali ini, dia dilihat sedang rancak menunjukkan wang berkepuk-kepuk sehingga mendakwa berjaya membeli rumah pada usia muda. Itupun dah kantoi sewa katanya, tak tahulah…

ADVERTISEMENT

BACA: Tandatangan ‘Tenancy Agreement’, Aisar Khaled Kantoi Hanya Sewa Rumah RM1 Juta?

Ada saja perkara dilakukan Aisar mesti akan dikritik dan dikecam oleh netizen.

Dalam peti banyak duit RM1

Menerusi video terbaru dimuat naik olehnya semalam, Aisar telah menunjukkan tips untuk menyimpan duit agar menjadi jutawan.

Rakaman itu memaparkan Aisar menyimpan duit ratusan ringgit mengikut kategori ditetapkan seperti ‘Maintenance’, ‘Bil rumah’, ‘Percutian’ dan macam-macam lagi.

Nanti kami periksa!

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah komen daripada akaun rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberi gambaran bahawa siasatan bakal dilakukan.

Ohmedia pun tak pastilah LHDN yang komen ni original ke tidak, haha! Kalau tak betul Aisar masih sempat nak buat persiapan tu, kalau tidak betul Aisar tetap kena berhati-hati.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas