Connect with us

Oh! Media

Namron Akui Tak Gentar Dilaporkan Kepada Polis Kerana Tidak Lakukan Kesalahan

Ohmedia namron

Oh! Artis

Namron Akui Tak Gentar Dilaporkan Kepada Polis Kerana Tidak Lakukan Kesalahan

Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron akui terkejut apabila pertama kali sepanjang tiga dekad bergelar pelakon, dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang gara-gara salah satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata, dia telah disiasat bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas seorang individu melaporkan satu hantaran di Instagramnya.

Menurut Nam Ron, 53, dia hanya berkongsi tentang sebuah poster dalam hantaran berkenaan kerana merasakan ada mesej yang baik.

IKLAN

Saya tak buat sebarang ancaman dan hasutan serta saya bukan orang yang gila like apabila memuat naik posting dalam media sosial.

Jelas pengarah One Two Jaga itu, mungkin orang melaporkan dirinya ke pihak polis ada isu tidak berpuas hati dengan dirinya.

Buat apa hendak kejar like atau follower, benda tu tak penting sebab kebanyakan posting saya sekadar suka-suka ataupun parodi terhadap sesuatu isu.

Image 10

Dalam pada itu, Nam Ron berkata walaupun dia dilaporkan kepada pihak polis, dia tidak gentar kerana tidak melakukan sebarang kesalahan serta tetap akan menjadi diri sendiri setiap kali memuat naik hantaran di media sosial.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas