Connect with us

Oh! Media

“Nampak Macam Tak Normal” – Buat Gaya Seksi Dan Menggoda, Mawar Rashid Dikecam Netizen

Ohmedia mawar Rashid 2

Oh! Artis

“Nampak Macam Tak Normal” – Buat Gaya Seksi Dan Menggoda, Mawar Rashid Dikecam Netizen

Pelakon jelita, Mawar Rashid sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila berkongsi video terbarunya di Instagram.

Dalam video tersebut, Mawar mengenakan dress seksi berwarna merah jambu yang menampakkan bahagian bahu dan dadanya sehingga mencetuskan reaksi panas dalam kalangan netizen.

Gaya seksi Mawar Rashid jadi bualan!

Dalam video tersebut, Mawar kelihatan manis dengan senyuman sambil bergaya ke arah kamera. Namun, bukan senyumannya yang menjadi tumpuan, tetapi gaya penampilannya yang dikatakan terlalu menggoda dan cuba meraih perhatian.

IKLAN

Tidak hairanlah, ruangan komen di Instagram Mawar dipenuhi dengan pelbagai reaksi. Ada yang mengecam tindakan Mawar, menganggap selebriti itu sudah berubah dari imej sopan yang pernah dipaparkannya dahulu ketika berhijab.

Mawar Rashid

Netizen kecewa dan rindu imej lama Mawar Rashid

Mawar Rashid

Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana mereka lebih menyukai imej sopan Mawar sebelum ini. Mereka juga tidak terlepas mengaitkan perubahan imej Mawar dengan isu anxiety yang pernah dihadapinya sebelum ini, menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan mental selebriti kesayangan itu.

#OhmediaNasihat

Setiap orang ada ujian dan perjalanan hidup masing-masing. Sebagai masyarakat, kita perlu berhati-hati dalam menilai dan mengkritik. Kadang-kadang, sokongan dan doa lebih bermakna daripada kata-kata kecaman. Berikan ruang kepada Mawar untuk membetulkan keadaan dan semoga dia diberi kekuatan menghadapi cabaran hidupnya.

Ohmedia mawar Rashid 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Mawar Rashid


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas