Connect with us

Oh! Media

“Nak Sertai Politik, Niat Kena Betul” – Idris Khan Memilih Untuk Tidak Sertai Dunia Politik

Oh! Artis

“Nak Sertai Politik, Niat Kena Betul” – Idris Khan Memilih Untuk Tidak Sertai Dunia Politik

Menjadi sebahagian daripada bidang politik bukanlah perkara yang remeh. Mereka telah dipilih oleh rakyat untuk memimpin masyarakat dan sudah semestinya tanggungjawab mereka amatlah besar bagi memimpin serta membantu masyarakat di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Perkara itu mula ditunjukkan minat dari kalangan selebriti Malaysia yang membuat keputusan untuk menyertai bidang politik seperti Datuk Afdlin Shauki, Datin Anne Ngasri, Dira Abu Zahar, dan sebagainya.

Namun pelakon yang popular dalam drama Duda Terlajak Laris, Idris Khan bagaimanapun memilih untuk tidak menyertai dunia politik kerana dia sedar akan besarnya amanah dan tanggungjawab yang akan dipikul semasa dalam bidang tersebut.

Melalui hantarannya di laman Instagram melalui sesi soal jawab, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui pernah ditawarkan ke dunia politik, namun ditolaknya kerana tanggungjawab menjadi seorang pemimpin adalah sangat besar.

Saya pernah terfikir dan ditawarkan untuk masuk politik. Niat kena betul, kuasa dan wang boleh menyebabkan seorang itu terpesong daripada menjalankan tanggungjawab dengan jujur. Contohnya, mungkin ramai di atas sana mencuri kiri kanan.

Kemudian mampukah kita untuk pastikan semua orang tanpa mengira agama dan bangsa di bawah kita terbela dijaga? Saya tak mampu dan takut dipersoal nanti. Saya akan bantu dan menyumbang kepada negara dengan cara tersendiri.

Tambah Idris lagi, sebagai pemimpin juga bukan sahaja hanya menjaga kebajikan masyarakat, malah menjadi pemimpin juga perlu ada sikap tanggungjawab dalam memulihara dan memelihara terhadap alam flora dan fauna.

Bukan sahaja kebajikan manusia tapi semua makhluk yang ada di muka bumi ini termasuklah alam semula jadi. Manusia sebagai khalifah kepada seluruh ciptaan Allah. Jadi mampukah kita?

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas