Connect with us

Oh! Media

Nad Zainal Sudah Bercakap Dan Tidak Bergantung Dengan Alat Bantuan Pernafasan Lagi

Nad zainal ohmedia

Oh! Artis

Nad Zainal Sudah Bercakap Dan Tidak Bergantung Dengan Alat Bantuan Pernafasan Lagi

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sebaik sahaja mendengar berita tentang pelakon Nad Zainal yang kini sudah boleh bercakap dan tidak bergantung dengan alat bantuan pernafasan lagi.

Perkembangan positif ini dimaklumkan oleh rakanya iaitu Ungku Ismail di Instagram dan kini doktor menggunakan prosedur lain untuk memastikan Nad dapat oksigen yang mencukupi.

Sudah boleh bercakap dengan perlahan

Sudah banyak perubahan dan proses pemulihan sangat baik. Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. Doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen cukup. Sekarang ni untuk pastikan dia boleh bernafas menggunakan paru-paru seperti keadaan normal.

Nad juga sudah boleh bercakap tetapi suaranya perlahan. Dia sudah boleh memegang telefon tetapi tak boleh menaip kerana masih lemah. Keadaannya demam sedikit dan kadang-kala badannya panas.

Penerangan yang sangat jelas dari Ungku ini sudah pasti sedikit sebanyak dapat melegakan semua yang mendoakan agar Nad kembali sembuh.

IKLAN

Dalam pada itu, Ungku turut meminta semua berhenti membuat sebarang spekulasi tentang punca penyakit yang dihadapi Nad.

Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. Long Covid, masalah buah pinggang, semua itu tidak keluar dari mulut doktor. Sepanjang saya bersama doktor, tidak ada pun dimaklumkan punca sakit ini disebabkan apa yang dia makan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas