Connect with us

Oh! Media

Muhammad Sajjad Kongsi Video Divaksin, Netizen Cuba Bongkar Lokasi

sajjad

Oh! Artis

Muhammad Sajjad Kongsi Video Divaksin, Netizen Cuba Bongkar Lokasi

Sehingga kini pihak berkuasa masih gagal mengesan usahawan kosmetik Sajat yang menghilangkan diri selama berbulan-bulan. Ada yang mengatakan Muhammad Sajjad ini telah melarikan diri keluar dari Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Buru Sajat, Bantu Siasatan Kes Penipuan Maklumat Kad Pengenalan

Bagaimanapun, melalui aplikasi TikTok Sajat, dia berkongsi dirinya telah menerima suntikan vaksin dan ini membuatkan netizen geram kerana dia masih bebas.

Tanpa mendedahkan lokasi dia menerima suntikan, Sajat hanya memuatnaik rakaman petugas kesihatan sedang melakukan suntikan vaksin.

@nursajat23

##vaccine ##nursajat23 ##moderna ##prizer ##onestepcloser ##perempuanfuhh ##nursajat

♬ Leave The Door Open – Bruno Mars & Anderson .Paak & Silk Sonic

Berdasarkan tanda hashtag yang digunakan, dia kemungkinan menerima vaksin jenis Moderna ataupun Pfizer. Meskipun agak sukar untuk mengenal pasti lokasi Sajat, ada juga di kalangan netizen yang berpendapat Sajat kini berada di Thailand. Ini apabila dia melihat jenis plug yang ada pada dinding dalam video itu bukanlah di Malaysia, tetapi digunakan Thailand.

muhammad sajjad
muhammad sajjad

Tajam betul mata korang kan? Apapun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kemaskini dari pihak berkuasa selepas menyatakan akan menangkap Muhammad Sajjad beberapa bulan yang lalu. Muhammad Sajjad Kamaruzzaman diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas