Oh! Artis

Muat Naik Gambar Pakai Baju Nikah, Netizen Lega Puteri Sarah Tak Pakai Stoking Bola

Published on

Puteri Sarah merupakan nama yang panas di media sosial kini disebabkan kancah kontroversi rumah tangga bersama suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

BACA: Puteri Sarah Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul, Tuduhan Tidak Berasas

Terbaru, pelakon cantik itu telah memuat naik gambar dirinya mengenakan busana pengantin di Instagram. Tapi, menjengah di ruang komen, lain pula idea netizen. Hm, kenapa pula tu?

Mana stoking bola?

Rata-rata netizen meninggalkan komen membandingkan busana pengantin yang dipakai Puteri Sarah itu bersama madunya, Ira Kazar.

Ada juga yang berasa lega kerana Puteri Sarah tidak memakai stoking bola yang menjadi ‘bahan ketawa’ masyarakat buat Ira. Tak kurang ada juga yang sempat memuji kecantikan isteri pertama Syamsul Yusof tersebut.

Sebagai info, Syamsul Yusof telah mengumumkan kepada orang ramai bahawa dirinya telah selamat bernikah bersama Ira Kazar di Thailand pada awal Januari yang lalu.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version