Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul, Tuduhan Tidak Berasas

puteri sarah-syamsul yusof

Oh! Artis

Puteri Sarah Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul, Tuduhan Tidak Berasas

Sebelum ini Syamsul Yusof pernah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, kini giliran Puteri Sarah pula memfailkan tuntutan yang sama terhadap suaminya.

ADVERTISEMENT

Datuk Akberdin Abdul Kader, peguam bela yang mewakili Sarah berkata tuntutan nusyuz terhadap suaminya difailkan pada pagi sebelum prosiding bermula hari ini.

Akberdin ditemui pada pagi Isnin, selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu nusyuz terhadap Syamsul.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tidak menghadirkan diri ke mahkamah untuk sebutan kes nusyuz mereka.

Menurut Akberdin, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya itu adalah sikap tidak bertanggungjawab tetapi terma secara terperinci tidak boleh didedahkan.

Info tambahan, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz jika mengabaikan nafkah zahir dan batin, menyuruh isteri melakukan pekara yang bertentangan hukum syarak atau memukul isteri dan tidak berlaku adil bagi yang berpoligami.

Namun begitu, hukuman atau penalti yang boleh dijatuhkan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu pelakon Puteri Sarah telah memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang difailkan oleh suaminya, Syamsul.

Syamsul memfailkan tuntutan itu bekata terdapat beberapa sebab tuntutan nusyuz itu dibuat ke atas Puteri Sarah antaranya kerana isterinya masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Malah, pekara berkenaan telah disahkan oleh peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul Yusof. Dokumen berkaitan tuntutan nusyuz yang difailkan oleh Puteri Sarah akan diteliti oleh pihakya sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu.

BACA: Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz Ke Atas Puteri Sarah

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas