Oh! Artis
“Menuju Halal” – Bekas Isteri Pertama Datuk Red Temui Pengganti, Bagi ‘Hint’ Kahwin Tahun 2026
Bekas isteri pertama Datuk Red, Syarifah Nor Shafila kongsi foto dengan teman istimewa.
Bekas isteri pertama Datuk Red, Syarifah Nor Shafila kembali menjadi perhatian selepas beliau memuat naik foto bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai teman istimewanya.
Dalam video tersebut, Syarifah dilihat tersenyum sambil meninggalkan kapsyen yang seakan-akan memberi bayangan mengenai perancangan masa depan mereka.
“Permudahkan lah urusan kami Ya Allah” – #team2026
Apa yang lebih menarik perhatian ialah ‘hint’ jelas yang menunjukkan mereka mungkin bakal disatukan pada tahun 2026.
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen percaya bahawa Syarifah kini telah bertemu pengganti selepas berpisah dengan Datuk Red, malah kelihatan bahagia dengan hubungan baharunya.
Tidak lama selepas dimuat naik, video tersebut menerima banyak komen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan mereka dipermudahkan.

Ada yang mengatakan Syarifah layak mendapat kebahagiaan setelah melalui fasa sukar dalam kehidupannya sebelum ini.
Pssttt! Selepas apa yang dilaluinya, melihat Syarifah kembali tersenyum adalah sesuatu yang melegakan. Oh! Media doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan jika benar bakal mendirikan rumah tangga pada 2026, semoga semuanya berjalan lancar serta membawa kebahagiaan yang lebih baik untuk beliau.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM