Connect with us

Oh! Media

Menangis Ryqal Masuk KTJ, Netizen Terkejut Lihat Yuran Sekolah Anak Nora Danish

Oh! Artis

Menangis Ryqal Masuk KTJ, Netizen Terkejut Lihat Yuran Sekolah Anak Nora Danish

Tak dapat mengawal emosi, itulah perasaan yang dirasai oleh pelakon Nora Danish selepas menghantar anak sulungnya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Muat Naik Gambar ‘Belanja’, Nora Danish Terima Kecaman Netizen

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora Danish memberitahu anaknya akan menyambung persekolahan di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif turut dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama.

Menerusi hantaran yang lain, kelihatan Nora bersama suaminya, Nedim dan bekas suaminya, Jejai yang turut sama-sama menghantar Rayqal ke sekolah tersebut.

Rayqal baru 12 tahun, macam mana boleh masuk sekolah asrama?

Disebalik kejadian itu, sudah pasti ramai akan tertanya-tanya bagaimana Rayqal mampu dihantar ke sekolah berasrama walaupun usianya baru 12 tahun.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, seorang individu yang juga merupakan seorang peguam telah mendedahkan maklumat berkenaan sekolah tersebut.

Menurutnya, Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ) merupakan sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi dan juga terkenal dengan pelajar yang berstatus cemerlang.

Dedah yuran sekolah

Menerusi hantaran itu, individu tersebut turut mendedahkan yuran di sekolah berasrama tersebut selain terkejut selepas mendapat tahu jumlah yuran tahunannya.

Selain itu, dia juga sempat berseloroh dengan menyatakan harga yuran bagi sekolah menengah menyamai harga tanah serta sekolah rendah pula boleh menanggung seorang lagi isteri.

Mengakhiri hantarannya, dia juga beranggapan bahawa rezeki setiap orang adalah berbeza selain berharap agar suatu hari nanti dia mampu menghantar anak-anaknya di sekolah tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi termasuklah turut terkejut dengan yuran tahunan sekolah tersebut.

Selain itu, mereka juga terhibur dengan kenyataan individu tersebut berkenaan harga yang mampu menanggung bini baharu walaupun ia bersifat gurauan.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 2,000 tanda suka serta seramai 207 orang telah meninggalkan komen.

Kredit: Facebook Mufarwa Farid I Instagram Nora Danish

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas