Oh! Artis

“Memang Finas Commission Yang Juta-Juta Je Ye?” – Jinggo Dakwa Usaha Legasi Tok Sidang Tak Dapat Sokongan

Published on

Siapa tak kenal dengan produksi terkenal, JS Pictures yang sentiasa menyajikan penonton dengan drama atau telefilem yang berkualiti.

Pendek kata memang ada je pengajaran berguna yang ditonjolkan dalam drama terbitan JS Pistures ini kan.

Terbaru, pengarah Jinggo atau lebih mesra dipanggil Tok Sidang meluahkan rasa kecewa mendakwa usahanya untuk melahirkan generasi baru tak dapat sokongan.

Dakwanya lagi, dia ada memohon dana untuk sebuah program di mana ada kursus pengarahan, asas lakonan dan pembikinan video untuk media sosial tetapi tak dipandang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Sepatutnya Finas yang menyokong usaha Legasi Tok Sidang bukan MARA.

Suami kepada pelakon Sheila Rusly ini berharap para peserta programnya dapat bersabar kerana dia sedang mencuba sebaik mungkin.

BACA: “Ini Dah Melampau!” – Eizlan Yusof Dedah Orang Kuat Finas Seleweng Peruntukan RM40k

Kredit: Instagram Jinggo_jspictures

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version