Perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa dikatakan seperti telur di hujung tanduk selepas beberapa gambarnya bersama suami, Engku Emran sudah dipadam di Instagram.
Isu ini semakin hangat diperkatakan selepas Noor Nabila bertindak menukar gambar profil akaun Instagramnya yang sebelum ini merupakan gambar perkahwinan bersama Engku Emran.
Engku Emran dan Noor Nabila dah bercerai?
Bukan itu sahaja, berita mengenai masalah rumah tangga membabitkan Engku Emran dan Noor Nabila ini turut mendapat perhatian media di Indonesia.
Menerusi satu hantaran dimuatnaik Indonesia_Today di TikTok, mereka mendakwa perkahwinan yang dibina pasangan itu sudah sampai ke penghujungnya.
Bahkan, terdapat beberapa media di sana turut hangat memperkatakan perkara yang sama terhadap perkahwinan Engku Emran yang merupakan bekas suami kepada Laudya Chintya Bella itu.
Sahih ke ni?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan berita itu memandangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak Noor Nabila dan Engku Emran.
Dekat Malaysia pun tak keluar apa apa berita lagi, laju betul ya media Indonesia buat kerja?