Connect with us

Oh! Media

“Masa Kahwin, Wang Hantaran RM15,000 Hutang Dulu” – Siti Sarah

Oh! Artis

“Masa Kahwin, Wang Hantaran RM15,000 Hutang Dulu” – Siti Sarah

Shuib meluahkan rasa syukur dan indah dikurniakan isteri seperti Siti Sarah yang selalu mendoakan dan sentiasa ada di belakangnya. Luahan romantik pelawak itu menarik perhatian Siti Sarah untuk menceritakan kisah rahsia disebalik perkahwinan mereka sejak 10 tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut Sarah, ketika itu wang hantaran yang ditetapkan oleh abah adalah RM15,000 tetapi Shuib tidak mampu bayar jadi dia berhutang dahulu. Namun selepas berjaya mengumpul duit itu bapa Sarah melarang Shuib membayarnya balik.

“Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak tipu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu.

“Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akkhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tidak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga.

“Alhadulillah lepas kahwin, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan Maharaja Lawak dan nak bayar balik duit abah. Apabila sudah ada duit untuk bayar abah kata jangan jadi bodoh. Simpan duit itu untuk anak nanti,” katanya.

Sarah berkongsi kisahnya itu susulan satu posting di Facebook yang beliau kurang senang yang dibuat oleh seorang wanita mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin jika mampu menyediakan wang hantaran sekurang-kurangnya RM20,000.

Ditambah Sarah lagi, kebahagiaan tidak sepatutnya diukur dengan wang ringgit sebaliknya perlu dilihat dari sudut keperibadian seseorang itu.

“Sebagai wanita kita kena tengok lelaki itu jenis macam mana, baran ke, kedekut ke, berkira ke. Kalau awal-awal kenal dah ajak kita keluar walaupun ibubapa tak izinkan dan ajar kita untuk tipu keluarga, tak mustahil dia akan tipu kita.

“Mungkin adik ini rasa bahagia dengan RM20,000 tapi bagi orang lain nilai kebahagiaan itu bukan daripada wang ringgit semata-mata. Moga adik-adik yang nak kahwin janganlah menekan sangat nak menunjuk kahwin siapa lagi gempak sebab kehidupan yang sebenar adalah selepas kenduri. Jangan buat pinjaman yang akhirnya memakan diri,” katanya.

Sehingga hari ini Sarah dan Shuib dikurniakan tiga orang anak sejak mendirikan rumah tangga selama 10 tahun.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas