Mana taknya, setiap kali Fazura memuat naik posting menerusi laman sosialnya, pasti ada sahaja netizen yang akan memetik nama Neelofa dan mula membandingkan dua selebriti terkenal itu.
Izara Aisyah tegur netizen
Perkara ini turut mendapat respon seorang lagi pelakon, Izara Aishah yang memberi teguran kepada seorang netizen yang seakan-akan mahu melaga-lagakan Fazura dan Neelofa.
Menerusi ciapannya itu, Izara merasakan bahawa adalah tidak bagus untuk seseorang memuat naik hantaran sedemikian terhadap dua selebriti berkenaan.
Tapi kalau tak betul niat dia begitu macam mana dia ni nak jawab fitnah kat akhirat ni.
Mampos netizen nak jawab kat sana. Banyak sangat orang cuba melagakan mereka tanpa sebab.
Bukan itu sahaja, pelakon filem KL Zombi ini turut memuat naik ciapan mempersoalkan segelintir netizen yang suka melakukan konten sedemikian.
Dapat apa ye buat tweet, tiktok dan sebagainya berunsur begini? Is it fun to you people? Ha tunggu Sat kat sana fun ka dak. 😂