Mana tidaknya, perkahwinan bahagia kedua pasangan itu di ambang penceraian selepas adanya Ira Kazar yang dikatakan menjadi orang ketiga dan menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Puteri Sarah berang ramai jadi batu api rumah tangga
Terbaru, Puteri Sarah tampil memuat naik menerusi satu hantaran di Insta storynya memaklumkan bahawa sering menerima komen berunsur hasutan yang dilihat cuba memisahkannya dengan suami, Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsiannya itu, dapat dilihat tangkap layar yang memaparkan komen-komen yang ditinggalkan netizen meminta Puteri Sarah memikirkan semula perkahwinannya dengan Syamsul.
Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen you tapi i buat tak tahu. But this time around nak tanye apa motif you eh?
Komen yang ditinggalkan warganet itu menimbulkan persoalan dalam diri Puteri Sarah mengenai apakah motif sebenar mereka meninggalkan komen sedemikian.
Namun begitu, Puteri Sarah menegaskan bahawa suaminya itu masih lagi melunaskan tanggungjawabnya dengan baik sebagai seorang suami.