Oh! Artis

“Lupa Dah Bertudung Ke?”- Zizie Izette Sakan Bersenam Dekat Gym, Kongsi Gambar Free Hair

Published on

Nampak sihat dan makin kurus pelakon, Datin Seri Zizie Izette sekarang ni. Mana tidaknya, Zizie sekarang dilihat memang aktif bersenam dan amalkan gaya hidup sihat, jadi sekarang dah nampak hasilnya.

BACA: “Macam Gadis Remaja” – Aktif Bersenam, Netizen Puji Penampilan Terbaru Zizie Izette

Peminatnya juga sebelum ini rasa kagum dan terinspirasi dengan perubahan yang dilakukannya. Bagaimanapun, ada satu persoalan di kalangan peminat, “Zizie dah tak bertudung ke?”. Persoalan ini timbul selepas Zizie dengan bersahaja kerap berkongsi gambar di gym tanpa tudung.

Disebabkan itu, rata-rata peminat menasihatkan Zizie untuk memakai pakaian yang tidak terlalu ketat dan kembali memakai tudung walaupun sedang bersukan. Jika tidak mahu, tidak perlulah berkongsi di sosial media.

Peminat juga berharap agar Zizie terus istiqamah menutup aurat dan teruskan aktiviti sihat ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version