Connect with us

Oh! Media

Luna Maya Mengaku Pernah Curang – “Masa Itu Saya Masih Muda Dan Bosan!”

Ohmedia luna maya mengaku pernah curang

Oh! Artis

Luna Maya Mengaku Pernah Curang – “Masa Itu Saya Masih Muda Dan Bosan!”

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui pernah curang dalam perhubungan pada masa lalu.

Tanpa rasa bersalah, Luna berkata tindakan tersebut dilakukannya kerana rasa bosan ketika itu. Dalam sesi podcast baru-baru ini, Luna mendedahkan sisi peribadinya yang jarang diketahui ramai.

“Saya buat sebab bosan”- Luna Maya.

Luna Maya

Tak pernah curang? Ruginya! Saya pernah curang dahulu. Saya buat sebab bosan, lagipun saya pun masih muda waktu itu.- Katanya tanpa mendedahkan identiti bekas kekasihnya.

Menurut Luna, hubungan tersebut masih dalam fasa mengenal hati budi dan baginya, kecurangan itu bukanlah sesuatu yang besar kerana mereka belum berkahwin.

IKLAN

Hubungan putus selepas kantoi

Walaupun menganggap tindakannya itu remeh, Luna mengaku hubungan tersebut akhirnya terputus selepas dia kantoi curang.

Tetapi jujur selepas tertangkap curang itu hubungan kami putus, saya akui sedih.- Luahnya.

Kini bahagia bersama Maxime Bouttier

Luna Maya

Jadi, sekarang ni siapa teman lelaki Luna? Untuk pengetahuan korang, Luna sekarang sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan pelakon Maxime Bouttier sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, dia pernah bercinta dengan penyanyi Ariel Noah sekitar 2010, namun hubungan mereka tidak bertahan lama atas sebab-sebab yang dirahsiakan.

#OhmediaNasihat

Curang bukanlah sesuatu yang patut dianggap remeh walaupun dalam hubungan belum berkahwin. Kejujuran dan komunikasi adalah asas kepada hubungan yang sihat. Kalau bosan, cari penyelesaian, bukan alasan untuk melukakan hati pasangan!

Ohmedia luna maya mengaku pernah curang

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas