Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Lufya Omar Dah Kahwin Dengan Lelaki Arab? Ini Jawapan Tuan Badan

Pelakon dan penyanyi, nama Lufya Omar menjadi tumpuan di bibir peminat apabila tular sebuah video memaparkan seorang wanita mirip aktor itu yang dirakam sedang diiring oleh seseorang di sebuah majlis perkahwinan.

Gara-gara video itu, ruangan komen media sosial Lufya dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas ‘pernikahan’ itu.

IKLAN

Lufya kemudiannya tampil menjelaskan bahawa dia maklum mengenai video tersebut dan mengakui menerima banyak soalan di DM yang bertanyakan mengenai ‘suami’ barunya.

Pelanduk 2 serupa barangkali. Ramai pula yang dm tanya suami baru arab. Lol.

Dalam pada itu, peminat tetap mendoakan agar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu akan bertemu jodoh di masa akan datang.

Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Hafidz pada tahun 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.

Kredit: Instagram Lufya Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas