Connect with us

Oh! Media

Lori Treler Terbabas Masuk Laluan Bertentangan, Fahrin Ahmad Rasa Lebuh Raya Malaysia Tak Selamat

Cover Photo Om 1200 X 675 28

Oh! Artis

Lori Treler Terbabas Masuk Laluan Bertentangan, Fahrin Ahmad Rasa Lebuh Raya Malaysia Tak Selamat

Tular di media sosial hari ini video dashcam kemalangan memaparkan sebuah lori treler yang berada di laluan kiri tiba-tiba hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laporan di Facebook mengesahkan kemalangan maut di laluan Nilai-Bandar Ainsdale (KM 280.1 arah Selatan) itu melibatkan lima kenderaan.

Kemalangan itu turut menyebabkan semua lorong terhalang dan trafik arah selatan terhenti di lokasi kejadian.

IKLAN

Video kemalangan

Video tular yang dikongsi mStar telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna jalan raya. Masing-masing meluahkan rasa ‘seriau’ melihat kejadian seumpama itu.

“Dah tak tahu nak cakap” – Fahrin Ahmad

Fahrin ahmad

Rakaman tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad. Fahrin merasakan jalan raya dan lebuh raya Malaysia tak selamat.

Tapi pengguna tiada pilihan lain terpaksa memandu dengan berhemah dan berdoa semoga semuanya selamat.

Pelakon ini mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang yang ketat termasuk perihal prosedur operasi standard (SOP) kelulusan dan penggunaan jalan raya untuk kenderaan berat.

Antara yang dicadangkan adalah;

Kenderaan berat wajib pasang GPS dan peranti speed cut off limit

Setiap kenderaan berat kena melapor jadual dan penyelenggaraan semasa

Setiap pemandu harus direkodkan dan melapor jadual pergerakan dan kesihatan

Pantauan di tol masuk dan rondaan untuk perhati secara visual kenderaan berat yang berisiko.

Okay juga cadangan Fahrin ni kan? Apa pendapat korang pula?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas