Connect with us

Oh! Media

Lisa Blackpink Disahkan Positif Wabak?

lisa

Oh! Artis

Lisa Blackpink Disahkan Positif Wabak?

Penyanyi Lalisa Manoban dari Blackpink yang dikenali sebagai Lisa telah disahkan positif Covid-19 oleh agensi pengurusan, YG Entertainment.

ADVERTISEMENT

BACA: Plan Asal Nak Bagi Rumah Dan Tanah, Peminat Bayar Billboard RM123k Demi Jennie Blackpink

Menerusi laporan The New York Times, tiga lagi ahli Blackpink, Jennie, Jisoo dan Rose tidak menjadi kontak rapat Lisa dan memiliki keputusan negatif Covid-19.

Tiada simptom dan dalam keadaan baik

lisa

Setakat ini, Lisa tidak memuat naik apa-apa info berkaitan dengan keputusannya yang positif Covid-19. YG Entertainment juga menyatakan bahawa keadaan Lisa sekarang ini dalam keadaan yang sangat baik dan tidak mempunyai apa-apa simptom.

Lisa telah disahkan positif Covid-19 semalam. Tiga lagi ahli Blackpink tidak diklasifikasikan sebagai kontak rapat lagi, namun mereka segera melakukan ujian calitan PCR selepas mendengar Lisa positif virus Covid-19.

Kami berkongsi informasi ini dengan kadar segera bersama kakitangan dan pihak berkaitan. Kami mengambil langkah pencegahan yang proaktif lebih daripada panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan. – YG Entertainment

Difahamkan kesemua ahli Blackpink sudah lengkap suntikan vaksinasi Covid-19. Semoga ahli Blackpink ini cepat pulih dan boleh menyanyi seperti biasa.

Jangan lupa untuk dengarkan single terbarunya, ‘Lalisa’ yang telah keluar pada 10 September lepas dan meraih tontonan 73.6 juta dalam masa 24 jam!

Kredit: The New York Times | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas