Connect with us

Oh! Media

Lebih 100 Mangsa Termasuk 25 Kanak-Kanak Akan Saman P. Diddy Berkait Eksploitasi Seksual

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Lebih 100 Mangsa Termasuk 25 Kanak-Kanak Akan Saman P. Diddy Berkait Eksploitasi Seksual

Rapper terkenal Amerika Syarikat, P. Diddy, kini berdepan dengan lebih 100 individu yang mahu memfailkan saman terhadapnya. Mangsa termasuk puluhan kanak-kanak, mendakwa mereka menjadi mangsa rogol, serangan seksual, dan eksploitasi oleh bintang rap ini.

Peguam yang mewakili mangsa, Tony Buzbee, mendedahkan bahawa 120 orang, termasuk 25 kanak-kanak, merancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Lebih 3,000 orang tampil dengan dakwaan terhadap Combs.

Saya boleh katakan 90 peratus daripada kes, individu ini diberi dadah. Kebanyakan kejadian rogol berulang kali terhadap remaja dilakukan oleh Combs dan rakan-rakannya.- Kata Buzbee dalam satu sidang akhbar di Houston.

Mangsa turut mendedahkan bahawa sesiapa yang enggan minum air yang dicampur dadah akan ditendang keluar dari parti tersebut.

IKLAN

Lebih mengejutkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada masa kejadian mendakwa dia dibawa ke New York untuk uji bakat di Bad Boy Records milik Combs, namun didera secara seksual oleh Combs dan beberapa yang lain.

Buzbee juga memuji keberanian mereka yang tampil ke hadapan walaupun takut akan balasan atau tindak balas daripada komuniti mereka.

Saya jangka melalui proses ini, ramai orang berkuasa terbabit, dan banyak rahsia kotor akan terbongkar.- Tambahnya.

Combs, yang sudah didakwa atas tiga tuduhan jenayah bulan lalu, menafikan semua tuduhan dan kini sedang menunggu perbicaraan.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas