Connect with us

Oh! Media

Kutuk Rumah Aliff Syukri Nampak Murah Macam Kedai Tomyam, Pereka Hiasan Dalaman Minta Maaf

Oh! Artis

Kutuk Rumah Aliff Syukri Nampak Murah Macam Kedai Tomyam, Pereka Hiasan Dalaman Minta Maaf

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang apabila rumahnya dikutuk macam kedai tomyam oleh seorang pereka dalaman.

ADVERTISEMENT

Aliff Syukri tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka dalaman itu jika tidak membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam.

Susulan itu, pereka dalaman tersebut telah tampil dengan satu kenyataan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.

BACA: “Janganlah Menghina Orang Melayu…”, Aliff Syukri Nasihat Makcik Kemboja Jangan Keruhkan Keadaan

Pereka dalaman, Filla Ismail berkata kenyataan yang dibuatnya mengenai rumah Aliff Syukri sebelum ini hanyalah bertujuan untuk ilustrasi, bukan fakta.

Dia tidak berniat untuk menyindir dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tehadap mana-mana pihak termasuklah Aliff Syukri.

aliff syukri

Filla juga mengaku baru tahu bahawa pereka hiasan dalaman untuk rumah jutawan kosmetik itu dalam kalangan profesional.

Pihaknya sangat menghormati dan menghargai sumbangan pihak itu kepada industri hiasan dalaman.

Menurut Filla, pihaknya juga sudah padam video tersebut dan sentiasa bersedia untuk bertemu dengan usahawan itu secara peribadi untuk bincang tentang isu ini.

Terdahulu, Filla mendakwa rumah Aliff Syukri nampak murah disebabkan susunan perabot atau hiasan yang tidak kelihatan mewah. Macam kedai tomyam katanya!

Kredit: TikTok @Filla Studio

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas