Oh! Artis

Kritik Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa, AG Coco Dikecam

Published on

Baru-baru ini tular sebuah video yang menampakkan betapa ramainya pengunjung memenuhi sebuah kawasan air terjun selepas peraturan ke pusat rekreasi dilonggarkan bagi beberapa negeri.

BACA: Ramai Bersesak Bagi Berlibur, Fynn Jamal Beri Teguran

Walaubagaimanapun, keadaan yang sesak itu nampaknya dikritik ramai memandangkan keadaan pendemik yang masih belum reda kini. Sepatutnya para pengunjung terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) untuk keselamatan semua.

Mungkin mahu meluahkan kekesalannya terhadap situasi tersebut, AG Coco telah menulis ciapan bebraur perlian terhadap orang ramai yang mula berlibur kini.

Pun begitu, luahan tersebut menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak sensitif. Mana boleh samakan situasi berlibur dengan sekatan untuk merentas negeri yang masih berkuatkuasa lantas menghalang orang ramai daripada berjumpa ibu bapa masing-masing.

Rata-rata netizen ternyata terasa dengan ciapan berkenaan kerana terdapat ramai yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana situasi yang tidak mengizinkan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Exit mobile version