Oh! Artis
“Kontrak Macam Mana?” – Teringat Kes Syasya, Netizen Tertanya Kalau Sabronzo Akan Keluar Dolla
Peminat persoal adakah Sabronzo juga akan keluar group seperti Syasya Rizal.
Kecoh di media sosial apabila foto perkahwinan didakwa milik Sabronzo dari kumpulan Dolla bersama DJ antarabangsa, Dash Berlin tular dan mengundang tanda tanya.
BACA: Sabronzo Dolla Didakwa Telah Berkahwin Di Bali Lepas Satu Foto Tular!
Tidak cukup dengan itu, kini warganet pula mula berspekulasi tentang masa depan kariernya selepas bergelar isteri.
Persoalan kontrak dan masa depan Dolla
Peminat tertanya-tanya sama ada Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli akan meninggalkan kumpulan itu seperti Syasya Rizal.

Ada yang berpendapat status perkahwinan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk Sabronzo terus aktif dalam bidang seni.
Namun, sebahagian lain tertanya-tanya mengenai kedudukan kontraknya bersama Dolla dan kemungkinan kesan terhadap perjalanan kumpulan tersebut.
Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Sabronzo mahupun pengurusan Dolla bagi menjawab spekulasi yang semakin hangat diperdebatkan dalam kalangan peminat.
Pssttt! Perkahwinan adalah perkara peribadi, namun ia sering kali dikaitkan dengan karier selebriti. Apa pun keputusan Sabronzo selepas ini, peminat pastinya berharap agar perjalanan seni Dolla tetap diteruskan tanpa sebarang masalah. Sama-sama kita nantikan jawapan rasmi untuk meredakan tanda tanya yang berlegar.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM