Luahan isi hati itu dibuat Fizi menerusi satu hantaran di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahiran Ameena yang ke-5 tahun.
Fizi Ali ucap hari jadi anak
Dengan penuh rasa sebak, Fizi berkata dia tak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anak seperti bapa yang lain. Tetapi dia berjanji akan membuat Ameena manusia paling bahagia apabila berpeluang untuk berjumpa.
Kalau satu hari nanti Daddy dah tak ada, Daddy harap awak tengok balik semua video-video ni. Khas untuk awak sayang.
Fizi juga tak peduli kata-kata orang kononnya dia mahu merebut Ameena daripada bekas isteri asalkan Ameena mendapat kasih sayangnya.