Connect with us

Oh! Media

Konon Anak Jadi Punca Hubungan Retak, Sheila Rusly Tepis Dakwaan Netizen

Cover Photo Om 1200 X 675 3

Oh! Artis

Konon Anak Jadi Punca Hubungan Retak, Sheila Rusly Tepis Dakwaan Netizen

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly meluahkan rasa berang apabila namanya tidak semena-mena dikaitkan dengan pelakon Janna Nick gara-gara hubungan mereka yang menjadi retak semenjak awal tahun 2019 yang lalu.

Ia berpunca daripada program hiburan kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana. Berikutan itu netizen ingin melihat pula Janna dan Sheila Rusly dibawa bersemuka dalam program tersebut.

123550632 1852304704917049 5309456948262435307 n

Sheila Rusly yang dihubungi mStar telah memberi sedikit dua kata mengenai permintaan netizen untuk membawa mereka bertemu empat mata.

IKLAN

Ujar pelakon drama Kapten Zana ini, dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna Nick namun tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi.

Malah ketika ditanyakan adakah Janna ada menghubunginya untuk menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Call? Mana ada dia berani. Cukup sampai sini.

Dia juga kedengaran ralat dan tidak mahu menjawab persoalan mengenai punca hubungannya dengan Janna musnah.

Screenshot 2021 05 17 at 104227 pm 768x1284 1
Screenshot 2021 05 17 at 104244 pm 768x1314 1

Sehubungan dengan tindakan beberapa individu yang ‘memetik’ namanya dengan Janna, Sheila dilihat berang apabila mereka itu mengaitkan namanya tanpa sebab.

Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara.

Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitnah.

Dia juga menafikan dakwaan seorang pengguna twitter yang mengatakan punca sebenar mereka berdua bermasam muka adalah kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon drama Marry Me Senorita itu.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas