Oh! Artis
Komposer Dan Penyanyi,Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan
Mahkamah tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan terhadap penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman atas 3 pertuduhan dadah dua tahun lepas.
Yasin yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor digari oleh pihak polis dan dibawa terus ke Penjara Kajang.
Hari ini hari yang gelap untuk saya- Yasin
Hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.

