Connect with us
rossa sera

Oh! Artis

“Kita Kawan Balik Sampai Kawen Ok”- Ini Komen Rossa Sera Selepas Ex Ada Niat Nak Rampas Dirinya Dari Shuk

Antara kisah rumah tangga artis yang sejak dulu tak habis-habis dengan banyak isu adalah melibatkan pelawak dan pengacara, Shuk Sahar. Terlalu banyak kontroversi mendakwa dirinya curang dengan isterinya dan mempunyai kekasih gelap bernama Farah Salleh.

Disebabkan itu, sebuah video telah dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai @aidi.qusairy dipercayai bekas kekasih kepada Rossa Sera, isteri kepada Shuk.

IKLAN

Ini komen Sera…

Apa yang menarik perhatian adalah caption lelaki itu yang menyatakan dia setia menunggu Sera dan tidak kisah untuk menjadi pengganti Shuk.

Hasil perkongsian lelaki itu turut mendapat sokongan dari pengguna TikTok dan berharap Sera move on dan lebih bahagia bersama lelaki lain yang akan menghargainya.

Walaupun begitu, masih tidak ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan berkenaan rumah tangga kedua pasangan itu samaada dari Shuk mahupun Sera sendiri.

Tanda tanya tentang hubungan suami isteri mereka mula timbul apabila Sera sebelum ini dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 18 Mac.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas