Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon ini berkata, kereta itu sebenarnya baru diambil daripada bengkel selepas overhaul.
Pada malamnya, mereka dan rakan-rakan keluar makan di Puncak Alam. Ketika memandu balik ke rumah, kenderaan lain bunyikan hon memaklumkan kereta terbakar di bahagian bawah.
Masa tu la nampak ada api, nak berhenti tepi brek pula kosong. Macam tak ada function apa. Nasib baik handbrake masih working, kereta ‘menjajau’ sikit la tapi dapat berhenti.
Nasib baik tak langgar divider, kalau langgar divider terbalik ke apa ke memang tak tau nak cakap sebab api tengah kuat.
Katanya lagi, mereka segera lari menyelamatkan diri dan isteri sempat menyelamatkan anak bongsu mereka di bahagian belakang.
Pelakon ini bersyukur Allah SWT menyelamatkan mereka daripada kejadian yang tak diingini.