Oh! Artis
Keputusan Rayuan Pendakwa Thailand Kes Eda Ezrin Dijangka Minggu Hadapan
Kisah penyanyi dikir barat, Eda Ezrin masih belum berakhir sepenuhnya walaupun Mahkamah Wilayah Narathiwat sebelum ini membebaskannya daripada pertuduhan memiliki dadah jenis yaba.
Kini, tumpuan beralih kepada keputusan sama ada pihak pendakwa Thailand akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan tersebut.
Eda Ezrin tak dapat beraya dengan keluarga, masih menanti keputusan bebas atau tidak…

Menurut seorang ahli keluarga terdekat Eda, peguam yang mewakili penyanyi berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa keputusan sama ada pihak pendakwaan akan membuat rayuan dijangka diketahui minggu depan.
Jika pihak pendakwa tidak memfailkan rayuan terhadap Eda Ezrin dan lima lagi rakyat Malaysia yang lain, kemungkinan besar kes itu akan selesai pada hari yang sama.
Kesemua enam mereka akan dibebaskan dari Penjara Narathiwat dan dibenarkan pulang ke Malaysia.- Katanya.
Difahamkan, ahli keluarga turut akan berangkat ke Narathiwat minggu depan bagi mendengar keputusan mahkamah. Malah, mereka sempat bertemu Eda beberapa hari lalu dan melaporkan bahawa beliau berada dalam keadaan baik walaupun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Sebelum ini, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan lima rakyat Malaysia lain termasuk suaminya, Mohd Affendi Ahmad, ditahan pada 1 November 2023 di sebuah hotel di Sungai Golok selepas didakwa memiliki 6,059 pil yaba.
Bagaimanapun, pada 6 Mac lalu, panel dua hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan untuk membebaskan mereka daripada tuduhan memiliki pil tersebut.
Mereka hanya disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah dan dikenakan hukuman penjara enam bulan serta denda 4,000 baht.
Namun begitu, hukuman tersebut tidak perlu dijalani kerana mereka telah ditahan lebih empat bulan di penjara.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM