Bersempena ulang tahun kelahiran Allayarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey), Nor Hidayah berkongsi momen indah ketika dia bersama arwah suaminya.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, video berkenaan memaparkan dirinya sedang berduet bersama arwah menyanyikan lagu Memori Berkasih.
Dalam pada itu, Hidayah turut menasihati buat pasangan suami isteri di luar sana untuk menyimpan segala memori bersama agar menjadi kenangan apabila mereka sudah tiada.
Kenangan yang tidak dapat kembali lagi. Simpanlah kenangan bersama pasangan anda banyak-banyak pun tak apa.
Bila dia (pasangan) tiada kenangan ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Malah, dalam video itu turut kelihatan Abam sempat bergurau bersama Hidayah sewaktu menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut.
Selamat Hari lahir suamiku. Hari ini 19 Januari, genaplah umur awak 36 tahun. Cintaku selamanya…