Connect with us

Oh! Media

Keadaan Terkini Aiman, Suami Siti Jamumall Undang Perhatian

Ohmedia aiman siti jamumall

Oh! Artis

Keadaan Terkini Aiman, Suami Siti Jamumall Undang Perhatian

Selepas seminggu mendiamkan diri, Khairul Aiman Abdul Kudus akhirnya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk failkan tuntutan pengesahan perceraian terhadap isterinya, Siti Jamumall.

Menurut Aiman, dia ambil masa kerana mahu bertenang dan elakkan situasi jadi lebih tegang.

Saya ambil sedikit masa untuk mencari peguam dan juga mendapatkan sokongan dana bagi melantik peguam. Saya tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh.

Aiman tak mahu keluarkan kenyataan terlalu awal…

Siti Jamumall

Aiman juga mengakui dia sedar media sudah menunggu sejak awal, tapi dia belum bersedia untuk memberi kenyataan kepada umum.

IKLAN

Saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin memburukkan lagi hubungan antara saya dan Siti.

Bila ditanya sama ada masih ada ruang untuk berbaik semula, Aiman tak menolak kemungkinan, tapi semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.

Mengenai kemungkinan untuk merujuk semula, kita lihat dulu keputusan mahkamah. Kita lihat keadaan dan pertimbangan mahkamah. Selepas keputusan dibuat, barulah saya akan memberikan maklum balas.

Siti Jamumall sekat di media sosial lepas lafaz talak…

Siti Jamumall

Menurut Aiman, selepas dia melafazkan talak dalam sesi live pada 15 Mei lalu, hubungan mereka jadi tegang dan Siti terus menyekatnya di media sosial.

Selepas insiden itu, Siti menyekat (block) saya di media sosial. Hanya sehari atau dua hari yang lalu dia membuka sekatan itu kerana saya ingin membawanya ke klinik.

Aiman hanya tidur di tempat kerja…

Aiman

Katanya lagi, sejak seminggu lalu dia tinggal di tempat kerja dan hanya berhubung dengan Siti secara ringkas.

Kami ada berhubung secara ringkas, tetapi tidak panjang. Sejak seminggu lalu, saya tinggal di tempat kerja saya,

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan tarikh 21 Julai 2025 sebagai sebutan pertama kes ini. Sama-sama kita nantikan apa kesudahannya nanti.

Pssttt! Lafaz talak bukan perkara main-main, apatah lagi bila dilakukan secara live depan ribuan penonton. Apa pun konflik yang berlaku dalam rumah tangga, sebaiknya diselesaikan secara tertutup. Semoga kedua-duanya dapat melalui fasa ini dengan tenang dan matang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas