Connect with us

Oh! Media

puteri sarah

Oh! Artis

“Kau Menggantungkan Ku Membuatku Teguh Berdiri” – Puteri Sarah Lancar Lagu Wakili Isi Hati

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana hari ini melancarkan sebuah lagu bertajuk Terus yang ditulis bersama komposer lagu ini, Faizal Ulwi dan dinyanyikan Sarah Fazny dan Zayani.

BACA: Puteri Sarah Kata Istillah ‘Lelaki Beli Beras’ Tak Wujud Dalam Hidupnya, Sendiri Kerja Keras?

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, Sarah berkata lagu itu mengisahkan apa yang terjadi kepada dalam kehidupannya termasuk kemelut rumah tangganya.

Dia mahu mengabadikan lagu itu sebagai simbol ‘move on’ dan memilih tarikh 8 Mac iaitu pada Hari Wanita Sedunia.

Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. Terus memang mewakili isi hati saya.

Katanya lagi, dia mahu jalan terus dan tak mahu fikir mengenai kemelut yang berlaku. Sebagai seorang wanita dan ibu, dia seharusnya bangkit daripada rasa sedih untuk meneruskan hidup.

lagu puteri sarah

Ujarnya, “Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak”.

Kredit: Harian Metro | Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas