Penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail mengundang kecaman ramai selepas memuat naik satu hantaran mengenai Sambal Nyet Khairi yang didakwa meniru produk pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Berkenaan isu Khairul Aming pula, dia menyokong tindakan yang diambil pempengaruh itu kerana wujudnya locus standi.
Dia bukan pertikai sambal, tapi benda intangible and specific mcm packaging, intellectual property atas nama nyet, warna, logo, susun atur label, greeting card, copywriting and overall presentation of product & brand.
Kalau dah ada register trademark, maka lagi lah dia boleh teruskan tindakan saman. Aku juga tau bezakan situasi adalah berbeza tapi melibatkan IP. Resipi pun adalah IP.
Aku tak sebodoh orang-orang yang tak erti nak baca dan hadam post cuit jenaka simple ni. Semua benda pun nak emo.
Kata Damian lagi, dia sendiri meminati Khairul Aming dan isterinya banyak mencuba resepi yang dikongsi pempengaruh itu.
Secara berseloroh Damian menyebut, tak pasal-pasal dia kena marah dengan bini disebabkan tweet gurauan yang disalah erti orang ramai.