Connect with us

Oh! Media

“Kalau Cap Berhenti, Siapa Lagi Berani” – Caprice Dedah Lagi Bukti Baru, Akan Bawa Ke Bukit Aman 

Oh! Artis

“Kalau Cap Berhenti, Siapa Lagi Berani” – Caprice Dedah Lagi Bukti Baru, Akan Bawa Ke Bukit Aman 

Penyanyi rap Caprice hari ini telah menerima beberapa bukti daripada remaja yang didakwa menjadi mangsa gangguan amang seksual penceramah.

ADVERTISEMENT

Dakwa remaja tersebut, dia pernah diajak membuat video call namun menolak kerana tidak selesa dengan cara penceramah itu bermesej.

BACA: Didakwa Kes Amang Seksual, Individu Dedah Perbualan Dengan PU Azman Di IG

Terbaru, penyanyi rap itu mendedahkan dia berjaya mengumpul beberapa bukti baharu dan akan membuat laporan ke Balai Polis Bukit Aman.

Akan ke Bukit Aman

caprice pu azman

Kata Caprice jika bukan dia, siapa lagi yang akan berjuang untuk membantu mangsa-mangsa terlibat. Caprice juga meminta maaf kerana terpaksa mendedahkan perkara ini meskipun ianya diakui melukakan sesetengah pihak.

Alhamdulillah makin ramai mangsa-mangsa baru sudah berani kedepan. InsyaAllah Cap akan bawak bukti-bukti dan report-report mangsa baru kepada Bukit Aman unit D11 sebab kebanyakan mangsa adalah budak-budak lelaki bawah umur.

Once again Malaysia, i apologize for all this if it hurts you.. tapi kalau Cap berhenti, siapa lagi berani pejuang dan bela mangsa budak-budak ni?

Meninjau ke Instagram Stories, Caprice dilihat memuat naik screenshot mesej yang diterimanya daripada seorang remaja lelaki mendakwa mempunyai pengalaman pahit dengan penceramah itu.

Bukti baru?

Disebabkan keberanian Caprice mencari bukti untuk kes ini, ada netizen mencadangkan supaya dia bertanding untuk pilihan raya yang akan datang. Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas