Pelakon Lana Nodin menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pilih kasih apabila hanya ‘clamp’ kereta miliknya.
Sedangkan, van kurier yang parking di belakang keretanya tidak diambil tindakan dengan alasan ada orang di dalam kenderaan.
Menurut selebriti ini, dia sudah menjelaskan kepada penguatkuasa bahawa kereta parking sekejap je sementara duit dimasukkan ke bank.
Parking kejap je, nak ke bank
Ketika itu, dia membawa cash yang banyak dan tempat parking penuh. Dia juga mempunyai resit transaksi menunjukkan hanya beberapa minit kereta diletakkan di tepi jalan itu.
Namun, penguatkuasa tidak mengendahkan penjelasannya dan dia perlu membayar RM150 untuk buka ‘clamp’ kereta.
Bayar guna duit RM1
Dalam video rakaman, selebriti ini merakam dua orang penguatkuasa mengira wang RM1 yang diserahkannya.
Di ruangan komen, pelakon ini dilihat bertekak dengan netizen yang mengecam tindakannya tidak profesional.
Lana menjelaskan, dia tidak mempersoalkan tindakan saman penguatkuasa sebaliknya meminta penjelasan mengapa anggota ‘pilih kasih’ tidak clamp kereta lain.